APA LAGI YANG BELIAU MAHU ?
Interbiu Agendadaily dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik:
September 22, 2004
September 22, 2004
Bekas Ketua Menteri Melaka ini sudah ada dan merasai segalanya. Selain berpeluang mengetuai negeri Melaka beliau pernah jadi ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Setelah terpinggir dari arus perdana politik Umno kerana kes mahkamahnya beliau bergiat cergas dalam bidang korporat.
Beliau sudah ada syarikat public listed dan beberapa syarikat lain. Malah seluruh tingkat di sebuah bangunan terletak kawasan perniagaan Golden Triangle dekat KLCC adalah miliknya. Di situ terletak pejabat operasi perniagaannya di Kuala Lumpur dan beliau sering berulangalik ke Melaka dimana di sana juga ada pejabatnya.
Sekalipun sudah ada segalanya’yang dikejar orang dari segi kewangan,Rahim terus menerus berusaha untuk membuat comeback dalam arena politik tanahair. Pada penggal lalu beliau bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno dan tewas tipis sahaja.
Di Umno Bahagian Kota Melaka sudah tiga kali cubaannya gagal untuk merebut jawatan ketua bahagian.
Ada yang kata beliau patut pencen saja dan lupakan politik. Ini yang membuat Agendadaily tertarik untuk mendapat jawapannya.
Berikut ialah interbiu LUKMAN ABDULLAH dengan Rahim di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
AGENDADAILY : Ada yang berpandangan ‘masa’ Tan Sri sudah ‘over’, maka untuk apa atau kenapa lagi Tan Sri menawarkan diri bertanding MT kali ini.
RTC : Mungkin yang beranggapan begitu kerana ‘ over’ dari jawatan Ketua Menteri atau pun jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, tapi dalam politik tidak ada batasan usia selagi kita bertenaga, ada idea dan agenda untuk membangunkan orang Melayu dalam Malaysia maka selagi itulah kita merasakan kita berguna pada parti.

Kalau dilihat pada sejarah saya, ketika saya meletak jawatan pada tahun 1994, pada masa itu saya adalah salah seorang yang berada dalam ‘team wawasan’ (Anwar Ibrahim, Muhammad Mohd Taib, Rahim Tamby Chik, Najib dan Muhyiddin) Tun Ghafar pun tewas dan Pak Lah pun tidak terpilih sebagai naib presiden UMNO.
Saya telah tranfomasikan negeri Melaka dari negeri ekonomi mundur kepada sebuah negeri ekonomi maju, dinamik dan berjaya. Tapi malapetaka yang menimpa saya, bagi saya ianya merupakan malapetaka yang dirancang, pada ketika itu saya berada ditahap yang agak cemerlang... ada pemimpin yang menuduh saya cuba ‘meracun’ fikiran Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir) supaya membenci pemimpin tersebut, oleh kerana ada keyakinan fitnah orang kepada saya, maka banyaklah masalah yang ditimbulkan kepada saya. Pelbagai tuduhan skandal dan korupsi yang saya telah anggap sebagai tuduhan palsu.
AGENDADAILY : Bagaimanakah Tan Sri menerima ‘peristiwa’ itu.
RTC : Saya bersabar. Bila tuduhan dibuat, saya telah dianiaya 52 hari dalam media cetak dan eletronik dengan tuduhan serta mengecop saya seolah-olah sebagai penjenayah walaupun penyiasatan belum dibuat. Ini adalah strategi terancang untuk membunuh karier politik saya, malah pemimpin tersebut menganggap saya yang bertanggungjawab merubahkan pandangan dan persepsi Dr. Mahathir padanya. Selepas 52 hari saya dimalukan melalui media didalam negara, saya juga dimalukan diluar negara.
Di Singapura, London dan United Kingdom ada pihak yang menghantar jurugambar TV dan akhbar memfokus saya, seolah-olah saya seorang penjenayah yang sedang dikejar. Pada ketika itu juga keluarga saya agak lintang pukang, anak-anak saya menelefon sambil menangis kerana di sekolah guru-guru dan kawan-kawan boikot, tak nak berkawan dengannya.
Saya tidak boleh menjawab apa-apa pun melalui media, saya tidak diberi hak untuk menjawab bagi mempertahankan diri dalam soal ini. Nasib saya bertambah malang apabila Peguam Negara semasa itu membuat kenyataan yang agak kabur mengenai status kesalahan saya, dalam kenyataan itu, “ Tan Sri Rahim is not guilty “ (Oktober 1994). Kalau ‘not guilty’ sepatutnya saya dibebaskan. Dia sambung lagi kenyataan itu ‘ suspicous ’, itulah yang mengantung saya... kenyataan Peguam Negara semasa itu benar-benar tidak profesional. Dalam ilmu undang-undang kalau kita menyiasat sesiapa pun ialah ada kes atau tiada.
Kalau tak ada kes, orang berkenaan perlu bebas, tidak ada apa lagi yang nak dikaitkan dengan kesalahannya tapi kalau ada kes mesti ada ‘ prima facie’ dan mesti ada pendakwaan serta perlu dibicarakan dimahkamah... tapi pada saya tidak ada apa- apa pun perkara yang boleh disabitkan. Selama 52 hari itu, mereka boleh mengambil tindakan pada saya, ianya bukan sekadar di Malaysia tapi seluruh dunia mengharapkan saya didakwa, tapi kenapa tidak! Amat jelas, pendakwaan tidak boleh dibuat kerana ia adalah tuduhan palsu yang sengaja dibuat untuk menghancurkan masa depan politik saya dalam Malaysia.
Kerana kenyataan sebegitu rupa, saya terpaksa balik pada sektor kehakiman dan perundangan selama enam tahun walaupun keputusan telah dibuat oleh pejabat Peguam Negara, sepatutnya saya ini setelah dimalukan dan boleh didakwa.
AGENDADAILY : Apa yang Tan Sri lakukan setelah tiada pendakwaan untuk ‘bersihkan’ diri.
RTC : Saya kena ‘turun’ selama enam tahun, saya kena saman Asiaweek, majalah antarabangsa Time yang merupakan majalah yang mempunyai pasaran seluruh dunia terpaksa meminta maaf secara terbuka dan membayar sebahagian tuntutan saman malu tersebut pada saya.
Saya saman DAP, Keadilan (Roslan Kasim) semuanya minta maaf balik pada saya, saya bersyukur pada Allah kerana doa ketika saya teraniaya, saya meminta pada Allah disetiap malam sebelum saya mati agar orang yang bertanggungjawab menganiaya saya mendapat pembalasan dari pada Allah depan mata saya.

Ianya telah dimakbulkan, saya syukur kerana dapat melihat peristiwa ini dan perkara kedua, saya meminta kes-kes yang saya ambil ini untuk mengembalikan keadilan kepada saya, kepada keluarga saya dan kepada UMNO ini merupakan satu langkah yang membawa kemenangan. Alhamdulillah, saya sempat capai satu kemenangan ke satu kemenangan,.
Setelah saya selesaikan semua ini baru saya balik kepada UMNO. Sebelum ini orang bertanya pada saya, Tan Sri tak malukah dah kalah beberapa kali... saya beritahu, saya tak pernah malu ataupun kecewa, sebabnya ialah sebelum jadi Ketua Menteri pun, saya selalu taklid, perjuangan dalam UMNO merupakan satu fardu kifayah.

Kalau kita berbuat sesuatu dengan niat baik kerana Allah, ianya akan jadi fardu kifayah yang sentiasa mendapat ganjaran daripada Allah, apa pun kita buat, niat kita, kita bincang, apa yang kita hujah, apa yang kita putuskan, apa yang kita laksanakan, apa yang kita berikan perkhidmatan kepada orang... itu adalah fardu kifayah, ia dapat pahala sepanjang masa.
Kalau saya kalah pun, kenapa saya mesti kecewa, mungkin Allah belum buka ‘hatiNya’ nak melihat apa yang saya buat, walapun Allah tahu testimoni saya, bagaimana saya tranfomasi negeri Melaka daripada ekonomi mundur kepada ekonomi maju ialah satu kontribusi kepada Melaka serta Malaysia keseluruhannya.
Sekiranya saya mengejar kebendaan, kewangan, pangkat dan martabat... itu mungkin akan menyebabkan saya menjadi kecewa, mungkin saya akan benci, sabotaj UMNO dan mungkin saya tubuh parti baru... itulah kecewa. Saya tidak pernah kecewa, saya terus jalan demi perjuangan ... falsafah saya cukup senang, kalau kita diizinkan oleh Allah untuk menjadi pemimpin maka jadilah pemimpin yang baik, kalau boleh jadi pemimpin terbaik, bermakna, kalau pun kita jadi pemimpin, buat kerja kuat sebagai ahli politik kita tidak tahu apa yang akan jadi esok, dengan amanah yang pendek itu, buatlah apa yang terbaik untuk rakyat, ubahkan cara penghidupan mereka dari baik kepada yang lebih baik, sejahtera dan selesa. Sehinggakan, kalau kita tidak ada disitu, orang akan kenang kita, inilah jasanya.
Kalau kita tidak ada peluang untuk jadi pemimpin, maka jadilah pengikut yang baik, kalau boleh pengikut yang terbaik, penuh dengan kesetiaan, pegangan dan ketaatan... kalau ini jadi pegangan ahli-ahli UMNO, Insyaallah selagi ada bulan dan bintang, UMNO akan terus kekal berjuang untuk orang Melayu seluruhnya di tanahair kita dan terus menjadi kesinambungan wadah perjuangan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Insyaallah pada 1 Januari 2020, wawasan negara kita bangun, kita lihat orang Islam menjadi khalifah dipermukaan bumi ini, inilah yang kita hendak capai untuk negara kita ini.
Saya berumur 54 tahun, bersyukur sepanjang lapan (8) tahun ‘berehat’, saya ceburi bidang korporat dan berjaya kemudian berjaya juga mempertingkatkan akademik sehingga memperolehi ijazah Doktor Falsafah ( Phd).
AGENDADAILY : Persoalannya persepsi orang terhadap ‘ time over’
RTC : ‘ Time over’ ini adalah pandangan orang yang kolot, mereka berpendapat kalau seseorang itu sudah kaya, ada duit.. tak payah buat apa lagi. Inilah orang masuk politik nak cari duit... pendapat itu diumpamakan saya... Tan Sri Rahim dah berjaya, kaya... cukuplah bagi peluang orang pula.
Pandangan mereka ini adalah tidak betul, dia masuk politik kemudian boleh jadi kaya, ini niat tidak betul, saya jadi kaya pun kerana bisnes yang saya ceburi, saya otak ekonomi dari dulu, semasa jadi Ketua Menteri dulu pun saya beli saham dan jual saham. Orang dah siasat sudah 12 tahun, tidak ada apa yang boleh mereka dakwa saya... persepsi mereka tidak betul, saya memang lulusan ekonomi... saya tadbir kerajaan negeri Melaka macam saya tadbir sebuah syarikat, sebab itulah ianya maju.
AGENDADAILY : Tentangan terhadap Tan Sri di Melaka sendiri menyebabkan tanggapan itu bertambah kukuh, bagaimanakah persepsi Tan Sri terhadap perkara ini.

RTC : Saya fikir Melaka ini macam satu tempat politik yang goyang-goyang... apabila saya jatuh, ada pihak yang main peranan untuk membenamkan saya dari terus naik semula dalam politik, mungkin ada menerima arahan dari pihak atasan dipusat untuk benamkan saya... semacam ada rasa ‘sense of guilty’.
Walaupun sebahagian daripada pemimpin itu adalah anak didik dan asuhan saya, mereka mendapat kesenangan yang banyak. Saya telah menyediakan Melaka itu macam satu kapal yang penuh dengan muatan, dia naik kapal ini dengan hanya membuat penambahan, umpamanya tambah lampu, lanskap dan lain-lain, semuanya telah disediakan, dia cuma mengisi sana sini sikit saja.
Tetapi kerana adanya pada masa disuatu ketika dulu, mereka ini bersama percaya bahawa saya ini seolah-olah bersalah pada masa itu, sebab mereka tidak tahu apa yang saya tahu, penderita dan penganiayaan yang dibuat oleh pemimpin tertentu ini kepada saya, dia sama-sama ambil bahagian untuk membenamkan saya.

Kalau saya tanya, mereka tidak ada jawapan. Jadi kerana ada budaya seumpama itu dan budaya itu masih kekal hingga sekarang, maka untuk membenarkan saya kembali semula kepangkuan UMNO untuk mencerita apa yang benar adalah amat perit kepada mereka yang sama-sama menganiaya saya pada ketika itu.
Jadi perkara yang paling baik adalah menyekat saya supaya jangan ada platfom, jangan bagi peluang pada saya masuk dalam arena ini, walaupun dengan apa harga pun... sekat saya sehingga tidak boleh bercakap dan bersuara untuk menerangkan kebenarannya tentang apa yang berlaku pada diri saya, tidak adanya keadilannya pada diri saya dan mereka terus menganiaya diri saya.

AGENDADAILY : Kenapa keadaan UMNO Melaka sendiri semacam tidak merestui Tan Sri untuk muncul semula. Kenapa keadaan ini berlaku.
RTC : Saya tidak ada apa-apa ‘signal’ dalam hal ini, yang sebenarnya hanya beberapa orang pemimpin saja. Saya sudah panggil perwakilan Melaka seramai 79 orang... lebih 40 orang hadir bertemu saya beri sokongan, itu perwakilan. Jelasnya di situ, hanya beberapa orang pemimpin yang tidak selesa pada saya untuk kembali kepangkuan politik.
Yang membuat angkara seperti ini, dia yang takut pada bayang-bayang, saya tak ada masalah, kalau sanggup menerima kekalahan, sanggup jatuh dari puncak gunung hingga berkecai macam taik, saya sanggup lalui dengan iman serta keyakinan fardu kifayah... hal seumpama ini adalah remeh temeh pada saya.
AGENDADAILY : Apakah Tan Sri hendak membuktikan sesuatu yang lain.

RTC : Saya tak perlu buktikan apa-apa, saya perlu membuat sumbangan... ini adalah pertandingan peringkat Majlis Tertinggi, ini bukan politik ‘ state ’, kalau mereka dah ‘ reject’ dan buat cara yang tak betul, cara kurung pengundi, guna wang yang banyak dan ada pemimpin yang diberi projek yang besar untuk memastikan saya tak lepas dalam politik, ada juga menaja perwakilan melalui agensi-agensi kerajaan untuk membayar duit pada perwakilan, ada bilik-bilik hotel, ini bukan kempen yang sihat... oleh sebab itu, tak dapat saya nak buktikan.
Orang tidak tahu kenapa saya dianiaya, kalau mereka tahu saya teraniaya sudah tentu mereka akan bersimpati dengan saya, sebab cerita ini ditutup. Kita lihatlah Melaka ada lima bahagian, kepentingan negeri adalah lebih penting jika diihat pada suatu ketika Melaka ada seorang Timbalan Presiden (Tun Ghafar Baba) dan ada Naib Presiden yang ketika itu saya selaku Ketua Pemuda. Kita boleh tengok macamana sokongan kerajaan pusat kepada Melaka ketika itu, Melaka boleh ditranfomasikan sebab sokongan yang kuat dari pemimpin Melaka yang berada dipusat.
Kalau pemimpin sekarang mempunyai jiwa kepentingan rakyat, mereka tidak akan buat saya seperti ini, mereka patut sedar bahawa selagi ramai pemimpin Melaka di pusat makin banyak faedahnya kepada negeri Melaka. Mereka ini berfikiran sempit. Sudah banyak penganiayaan dilakukan pada saya, sekarang tidak ada relevannya penganiayaan ini pada saya, kenapa pemimpin Melaka sanggup terus lakukan penganiayaan ini pada saya.
AGENDADAILY : Kenapa Tan Sri bersedia untuk kembali semula dalam UMNO dengan menaiki tangga bahagian dan seterusnya keperingkat tertinggi, sedangkan Tan Sri sebelum ini telah berada diatas.
RTC : Dalam politik yang dinamik ini kita tidak boleh merasakan kekalahan kita diperingkat bahagian akan menyebabkan kita kalah diperingkat Majlis Tertinggi, hari ini mungkin orang tidak boleh menerima saya tapi masa depan mungkin mereka akan terima, budaya dalam UMNO akan bertambah baik. Kita perlu ada satu set pemimpin yang mempunyai wawasan, intergriti, tidak korup untuk membolehkan budaya lebih baik dalam UMNO. Pemimpin dalam UMNO perlu membuang sikap bahawa UMNO adalah tempat untuk bermain rasuah dan tempat cari makan.
AGENDADAILY : Apa pandangan Tan Sri dengan dakwaan adanya budaya ‘ yes man’ dan ‘pak turut’ dalam kepimpinan tertinggi UMNO.
RTC : Kalau ada pandangan seumpama itu adalah kesilapan perwakilan kerana mereka menganggap bahawa hanya pemegang-pemegang jawatan saja patut diberi undi atau menduduki kerusi itu, sedang para pemegang jawatan seperti menteri, timbalan menteri dan lain-lain tertakluk pada arahan kabinet. Manakala kabinet pula bertugas untuk memastikan bahawa apa yang diputuskan oleh parti dalam bentuk dasar nasional, ianya dilaksanakan mengikut kementerian masing-masing. Menteri dan pemegang jawatan lain adalah agen perlaksana.
MT tugasnya bukan macam jemaah menteri, sekiranya anggota kabinet duduk sebagai MT maka MT akan menjadi kabinet nombor dua, sekiranya apa yang dibincang oleh kabinet di Putrajaya kemudian MT di PWTC... ianya akan jadi pi mai pi mai tang tu... perlaksanaan demi perlaksanaan, siapakah yang akan bincang agenda Melayu, wawasan untuk tingkatkan tamadun Melayu, siapa yang akan menegur serta memantau prestasi kerajaan dalam kabinet... ini semua perlukan ahli MT yang berwibawa.
Peranan MT dan jemaah menteri adalah berbeza, beberapa menteri perlu ada dalam MT untuk menjawab beberapa persoalan tetapi kita perlu ada beberapa tokoh- tokoh dalam MT yang boleh membezakan peranan sebagai MT dan menteri kabinet. Ianya mestilah orang yang mempunyai ‘ track record’ , disegani, dihormati, berpengalaman dan sekiranya orang ini bercakap ianya disegani... orang seperti inilah boleh menilai, menegur, bercakap, melihat serta memantau prestasi kabinet. Kita mesti memastikan parti menguasai, memantau dan menilai kerajaan. Kedudukan MT mesti lebih tinggi sikit kedudukannya dari kerajaan.